21 September 2012

my first cerpen: aku pendendam..?

    بسم الله الرحمان الرحيم

SERUMPUN 2
[serumpun bercerita tentang manis pahit sang pencari ilmu]
Tajuk: Aku pendendam..

Aku melempar pandangan ke luar kamar. Udara yang berkabus mengehadkan pemandangan. Selalunya, kubah biru masjid Sultan Haji Ahmad Shah mewarnai pagiku. Cuma hari ini. Hanya lampu merah dari menara masjid itu yang kelihatan. Kubah besar pula hampir terpadam dek kabus tebal. Aku merapatkan balutan telekung ke tubuh. Hujan renyai-renyai menambah dinginnya pagi. Terasa malas mahu ke bilik air. Membayangkan siraman ‘air ais’ yang membasahi tubuh, menambah rasa malas.

Tiba-tiba mindaku teringatkan kisah temanku, Hidayah. Dia sekarang meneruskan pelajaran di Jordan dalam bidang kedoktoran. Katanya, musim sejuk di Jordan pernah menjangkau 3 darjah celcius. Biala musim sejuk tiba, semua ahli rumah sewa anak-anak Kedah akan berebut-rebut menggunakan sakhaanah(pemanas). Sampai satu tahap, mereka tidak mandi selama seminggu! Aku tersenyum sendiri.

      Mengenang Hidayah, serentak Kisah hidup tujuh tahun yang lalu seolah-olah ditayang semula. Rentetan peristiwa pahit dan manis tersusun rapi. Terasa baru semalam aku melalui segala yang berlaku. Umpama menonton wayang perdana menceritakan kehidupan sendiri. Aku akur, jarang peristiwa ini menjengah. Petanda padatnya aktiviti seorang mahasiswi.
***

      “ Yuran pendaftaran tingkatan satu tahun ini naik. Kalau tahun lalu, yuran pendaftran berserta segala alatan wajib yang disenarai adalah RM 400, tahun ini naik menjadi RM600.”
Dewan berubah menjadi sedikit bingit.

“ Seperti yang kita tahu, kerajaan negeri Kedah dalam proses menaiktaraf sekolah-sekolah agama kerajaan. Kemudahan yang disediakan di sekolah bertambah. Seragam prep, seragam sukan, cadar, katil, kerusi meja, seragam asrama, semuanya baru bermula tahun ini. Sekolah kita ke arah mencapai pangkat sekolah berasrama penuh. Jadi, kita harus seragamkan semuanya...”

Baki ucapan pengetua aku biarkan seperti angin lalu. Aku masuk ke alamku sendiri.

Aku merenung 8 helaian not RM50 di tanganku, RM400 semuanya. Aku sangka bolehlah lagi RM200 di dalam beg sandangku ini aku sisihkan buat pendaftaran adikku,Abdullah untuk pendaftaran Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) nya.

Tetapi, apakan daya. Terpaksa aku gunakan kesemua RM600 ini untuk melayakkan aku menjadi pelajar Maktab Mahmud Yan yang sah.

Abi?
Abi sudah meminta maaf kepadaku semalam. Katanya, dia tidak dapat menghantarku hari ini. Duit KWSP RM2000 yang abi sisihkan untuk pendaftaran aku dan Abdullah terpaksa dibekukan kerana peristiwa semalam.

Dua biji kereta polis berhenti di halaman rumahku. Aku sedikit kaget. Aku sangka mereka mahu membuat penyelidikan data penduduk seperti bulan lalu. Rupa-rupanya, mereka mahu bertemu abi. Yang lebih membuatku kaget, bersama mereka ada waran tangkap untuk menahan abi bagi tujuan penyiasatan.

Aku kurang mengerti apa yang mereka bicarakan. Ummi yang turut mendengar di samping abi, hanya mendengar penerangan 4 orang pegawai polis itu. Ummi hanya mengangguk. Wajah redup ummi tetap manis dalam senyuman. Ah, ummi memang selalu begitu.

Ummi adalah anak tok wan yang paling rapat dan manja. Ketika khabar kematian tok wan di Indonesia pun, ummi hanya tersnyum. Tabah. Sedangkan sudah 20 tahun ummi tidak bertemu tokwan!

Aku kagum dengan ketabahan ummi.

Cuma, ummi masih manuisa yang punya fitrah. Dalam sujud solat malamnya aku mendengar esakan rintihan.  Esakan hamba yang berserah kepada penciptanya. Berserah dan tabah atas musibah. Bukankah itu sikap seorang mukmin? Aku belajar tabah dari ummi.

      “Assalamualaikum.” Satu suara halus menyapaku dari belakang.
      “Waalaikumussalam.” Aku menjawab sekadarnya. Masih mahu meneruskan lamunan.
      “ Tingkatan satu jugak ka?”  kedengaran loghat utara yang pekat dari suara halus itu.

      “hmm..”, jawabku tak endah. Mahu menyambung lamunan kisah ummi dan penangkapan abi semalam.

      “ Mak ngan ayah hampo mana?. Tak mai sekali ka?” ramah suaranya. Tidak berputus asa menarik perhatianku.

      “saya datang seorang sahaja. Ummi kat rumah. Abi kat penjara.” Jawabku tanpa berfikir panjang. Mahu menjauh dari pertanyaan-pertanyaannya.

      “ Hah.. ayah hampo kat penjara? Penagih dadah ka? ” tinggi suaranya.

Serentak, mematikan lamunanku. Menyedarkan aku tentang jawapanku kepadanya.

“err..” aku jadi salah tingkah.

“ Tak pa, hampo kena belajaq rajin-rajin la kat sini. Kami boleh tolong hampo. Nama kami Hidayah ” katanya mesra sambil menghulur salam perkenalan. suara cerianya membuat aku rasa selesa.
“oh, saya Zahrah. Tapi, ayah saya bukan penagih dadah. Orang fitnah, sebab tu kena masuk penjara..” Aku mebuat andaian. Sebenarnya, aku sendiri masih tidak memahami apa sebenarnya yang sedang berlaku kepada abi.

“hmm.. tu lah, zaman sekarang ni memang banyak orang fitnah orang. Semuanya sebab dengki.”

Aku mengangguk-angguk tanda setuju.

“ni, hampo ada duit tak nak bayar yuran yang pengetua bagitau tadi?”

“er.. ada. Guna duit ana menabung 6 tahun lalu”  mudah saja aku membuka cerita.
“jom lah, ayah kami gaji dia sebulan RM7000. Dia kerja jurutera minyak kat Petronas. Kalau kami minta dia bayaq untuk hampo, mesti dia nak. Ayah kami ni, baik hati. Dia suka tolong orang.”

Aku tersentak. Benarkah apa yang aku dengar?. Dia mahu bayarkan RM 700 untuk aku?
Jadi,aku boleh sisihkan semua ini untuk Afifah dan Abdullah?

Begitu mudahnya ALLAH membuka jalan. Benarlah firman ALLAH;
“..dan barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH, DIA akan sediakan kepadanya jalan keluar..” (at-thalaq)

Begitulah kisah pertemuan aku dengan Hidayah.
7 tahun sudah berlalu.

***

ALLAH ada. Minta pada DIA.

Itulah prinsip hidup yang abi ajarkan padaku. Sejak peristiwa penahanan abi dan pertemuan aku dengan Hidayah, aku semakin yakin. Jika ALLAH kata ‘kun fa yakun!’(jadi, maka jadilah).

DIA berikan kita kesusahan bukan untuk kita hanya merintih dan menyesali. Tetapi, untuk kita lebih kuat dan berusaha. Untuk kita lebih yakin dan percaya.

Seperti pohon bakau yang tumbuh di tanah paya. Lumpur, paya, tanah yang lembik dan sukarnya akar melakukan proses pernafasan bukan untuk pohon itu menyerah diri dengan menumbangkan dahannya. Tetapi, untuk dia tetap berdiri dengan ciri akar ceracak dan akar............ yang unik dan istimewa.

Kisah tujuh tahun lalu, hari pertama mendaftar di MMY masih terpahat padu dalam kotak fikiran. Sejak pertemuan pertama itu, aku sangat rapat dengan Hidayah. Ibu bapanya juga sangat ramah. Hidayah tidak pernah mengungkit mengenai abi yang ditahan di penjara.

Kini aku sudah tingkatan tiga. Dua tahun yang berlalu bukanlah dua tahun kosong tanpa ujian.  Pernah aku menjual kerepek di kelas sebagai usaha menumpul duit. Rupa-rupanya ketua kelasku mengadu kepada guru kelas kami.

Di dalam kelas cikgu bertanya, “kita ke kelas nak buat apa?”
“belajar!” serentak semua pelajar menjawab.

Perlahan cikgu berjalan ke belakang kelas. Kemudian cikgu melanjutkan pertanyaan.

“jadi, kerepek yang tergantung di belakang kelas ni nak buat jamuan kah?”
Seisi kelas diam.

Wajahku merona merah. Menahan malu. Terasa maruah diinjak tanpah pamrih.
Sejak hari itu, aku tidak lagi menjual kerepek. Aku tidak mahu menjual maruahku!

Satu lagi kisah sepanjang perjalanan menuntut ilmu di bumi MMY. Pertengahan tahun di tingkatan dua, aku ‘berehat’ seminggu di rumah. Tunggakan 5 bulan yuran makan asrama, itulah puncanya. aku digantung sekolah!

Aku jadi teringat kisah seminggu menjelang UPSR. Kisah pertama aku ‘direhatkan’.

Semuanya berpunca dari abi yang dibuang kerja sebagai ustaz feqah dari sekolah tempat aku belajar. Kesannya, yuran tunggakan aku di sekolah tersebut bertambah.  Aku digantung sekolah sehingga hari peperiksaan UPSR. Kawan-kawanku hanya tahu aku sakit teruk. Ah, sungguh tidak masuk akal. Sakit sampai sebulan.

Hari peperiksaan, barulah aku dibenarkan datang. Itu pun sebab pihak sekolah malas menjawab dengan pihak kementerian pelajaran. Aku fikir, kisah ‘rehat’ itu tamat bersama tamatnya 3 hari peperiksaan UPSR. Rupanya tidak. Keputusan  UPSR aku, turut di‘rehat’kan. Sampai saat aku menulis kisah kehidupan ini, aku tidak pernah memegang helaian slip UPSR. Aku tidak punya pengalaman menerima slip UPSR seumur hidup!

Alhamdulillah, untunglah kemasukan ke Maktab Mahmud Yan tidak memerlukan slip keputusan UPSR.

Tahun ini, aku akan mengambil PMR pula. Ayah Hidayah sudah menjelaskan semua yuran tunggakanku. Aku lebih aman sekarang. Mendekati musim  peperiksaan tanpa hutang, sungguh mendamaikan. Jawatanku sebagai bendahari badan Pengawas sekolah juga, sedikit sebanyak memadam kisah penghinaan terhadap diriku.

Kadang-kadang aku jijik dengan sikap manusia. Mereka sering melihat jawatan sebagai satu kemuliaan.

Ketika aku merasa damai dengan tuntasnya hutang-hutangku,sesuatu yang lebih parah berlaku.

Ternyata. ALLAH punya pelbagai cara mahu menguatkan ketabahan hamba.

Rupanya aku terlalu awal merasa aman. Ketika aku diumumkan sebagai pelajar terbaik percubaan PMR yang lalu, satu fitnah tentang diriku tersebar. Sangat cepat.

Aku dituduh ber’couple’ dengan ketua bendahari, Amir namanya. Di Maktab Mahmud, ber‘couple’ adalah satu kesalahan yang boleh menyebabkan seorang pelajar dibuang sekolah.Aku buntu. Hanya ALLAH yang memahami situasi ini. Cuma DIA yang punya jalan keluar. Setiap malam aku bangun untuk menunaikan tahajjud, mahu terus meminta kepada penciptaku agar dibuka pintu kebenaran dan  membela aku yang terzalimi.

Suatu malam, aku bangun menuju ke kamar mandi. Tiba-tiba, satu layangan bantal jatuh dari katil Hidayah. Tersenyum aku melihat Hidayah. Tidurnya terlau pulas sehingga tertolak bantalnya sendiri. Sejak pertemuan pada hari pendaftaran dua tahun yang lalu, kami sangat rapat. Dia selalu minta sebilik denganku.

Aku mengangkat semula bantal yang jatuh tadi. Berat. Seperti ada benda di dalamnya. Aku meraba-raba ke dalam bantal ,ada buku. Aku mengeluarkan buku tersebut. Terlupa tentang amanah, aku membuka helaian demi helaian buku berkulit tebal itu.

Aku terkejut. Terpana sebentar membaca apa yang tertera.

Di halaman pertama, tertera namaku bertulis huruf besar,
 ‘planning menjatuhkan ZAHRAH!’

Cepat-cepat aku melarikan buku tersebut ke luar bilik asrama as-sadiiqah. Jam baru menunjukkan pukul 4 pagi. Belum ada pelajar yang bangun seawal ini. Jadi, aku aman membacanya di luar bilik.

      Helaian demi helaian membawa aku kepada perancangan demi perancangan untuk menjatuhkan aku! Sebegitu rapatnya dia denganku, sebegitu terperinci jugalah perancangannya terhadap diriku.

Tanpa aku sedar, titisan air mata membasahi pipi. Kolam ini tak mapu aku takung lagi. Aku teringat segala-galanya. Termasuklah pertemuan di hari pertama. Memang, aku tak setabah ummi!
Aku menyelak halaman terakhir buku itu. Tertulis sebuah kata.
“Perancangan terakhir...- DIE!”

Aku terduduk. Kecewa. Air mataku mengalir lebih deras. Kepercayaanku seolah-olah kaca dihempas ke batu. Berkecai. Benarkah Hidayah melakukan semua ini?

Serentak, aku teringat pesan abi.

“ Kita boleh percaya pada manusia. Tetapi ingat, kita mesti lebih percaya kepada ALLAH. Ilmu ALLAH sangat luas. Termasuklah ilmu mengenal manusia. Kalau manusia merancang keburukan buat kita, janganlah salahkan. Tetapi, bimbinglah. Bimbinglah mereka dengan sabar. Kerana, disebabkan sabarnya Rasulullah shollallahu alaihiwasallam, masuknya abu sufian dan umar ke dalam islam.”

Terasa nasihat abi mengalir lembut. Menyejukkan ruang-ruang hati yang sedang terbakar.

“Astaghfirullah.. ”, cepat-cepat aku memohon ampun kepada ALLAH.

Malam itu. Tahajjud paling tenang yang pernah aku rasakan. Jarak paling dekat yang pernah aku rasakan antara aku dan ar-rahmaan. Didikan paling berkesan dari al-wahhab buat hamba bernama Zahrah ini.

***

Aku melihat jam Polo club Britannia di pergelangan kananku. Jarum sudah menunjukkan jam 10.50 pagi.  Kabus di luar sudah berkurang. Tak terasa, sudah setahun aku di UIAM. Membawa aku ke suatu zaman yang lebih matang. Lebih mencabar. Lebih banyak ragam fitnah.

Aku masih rapat dengan Hidayah. Aku tidak pernah ada rasa untuk membencinya. Bahkan, aku menyayanginnya. Aku mahu bawa dia menjadi hamba bertaqwa. Bukankah ALLAH berfirman, “..sahabat-sahabat baik itu saling menyalahkan antara satu sama lain di hari akhirat. Kecuali mereka yang BERTAQWA..” (az-zukhruf)

Cuma dua perkara aku mahu katakan di sini.
Pertama, aku tidak akan dan tidak mampu melupakan kisah sepanjang perjalanan hidup ini.
Kedua, sampai sekarang Hidayah aku anggap sebagai pendengki yang menyebabkan diriku menjadi seorang pendendam tegar. Ya, sampai sekarang.

Kepada si pendengki, Hidayah. aku adalah pendendam kepadanya. Pendendam yang tahu berterima kasih. Kerana dia, telah menebarkan gula dan kopi di sepanjang perjalanan aku menuntut ilmu. Yang terpenting adalah, dia mengajarkan aku menjadi pendendam positif!

***


Mahallah Hafsah UIAM,
17 September 2012.





4 comments:

  1. (= Allahuakbar. Subhanallah.
    thumbs up ukhti.

    teruskan menyentuh hati-hati dengan penulisan.
    semoga Allah redha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. to aku bukan robot

      yup, anda meman bukan robot. komen anda.. sangat mengesankan :-) datang lai ya..

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. to muawiyah, adinda ku sayang..

      maaflah, kak zahra trdelet komen..

      alhamdulillah, kak zahra dah baca komen mua. jazakallah khairan kathiir ya.. perjalanan hidup kita :-) ALLAH berkati insyaALLAH.

      Delete

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)